Tuesday, July 24, 2007

Selamat Datang

Hai semua!Sekarang ni kita ada kawan baru iaitu Hanis Aqilah!Welcome Hanis Aqilah!

Monday, July 23, 2007

Tak Sabar

Lepas pergi ke blog kak Ain,saya memang dah agak sebab Aku Mahu Saiz S tak keluar.So kena delay ke 15 ogos.

Sunday, July 22, 2007

Thank You

Thank you kak Ain sebab update blog saya.Yang kak Ain cakap petua cantikkan mukatu saya dah cuba.Kalau boleh kak Ain updatelah blog saya dan blog kak Ain hari-hari.Barulah hidup berasa ceria.

Tuesday, July 17, 2007

INFO CUN ~ rawatan muka



Teringin membeli set penjagaan muka jenama SK-II? Saya pasti yang amat semua wanita di luar sana seringkali memujuk ibubapa, teman lelaki, tunang dan suami supaya menjadi penaja membelikan jenama tersebut. Facial Treatment Essence atau lebih dikenali sebagai miracle water dikatakan mampu mentransformasi kulit wajah menjadi selicin sutera dan seputih kapas!

Ramai yang meronta mahu memilikinya tetapi rontaan itu terhenti dengan brek kecemasan bila sahaja melihat tag harga jenama tersebut. Satu set penjagaan lengkap SK-II mampu mencecah harga RM1000!

Jika anda anak Tan Sri seperti Fasha dalam cerita Aku Mahu Popular, (ini kulit bukunya ya! Promote……jangan tak promote!)



.....tentu sahaja wang tidak pernah menjadi masalah. Tetapi bagi orang kebanyakan, RM1000 boleh ditukarganti menjadi belanja bahan makanan dan barang-barang keperluan yang jauh lebih penting.

Namun, masih ada cara untuk menikmati kulit selicin Deanna Yusoff dan Fauziah Latif.



Caranya?? Cukup mudah dan murah!

Rajin-rajinlah memanjangkanlah langkah anda ke dapur. Setiap kali ibu anda mahu menanak nasi, apa kata hulurkan pertolongan. Tawarkan diri anda untuk membilas beras. Mungkin pada percubaan pertama, ibu anda akan memandang pelik seperti anda seekor makhluk asing planet Jupiter yang bermata tiga, tetapi jangan risau. Lama kelamaan bila sudah alah bisa ia akan menjadi tegal biasa. Ibu anda akan terbiasa dengan tabiat baru anda.

Bilas beras bersih-bersih. Pastikan air bilasan itu nanti tidak dibuang. Kumpulkan ia didalam bekas dan gunakanlah air bilasan beras itu untuk mencuci muka anda pula. Ianya bertindak melembutkan kulit muka dan mengurangkan kadar pengeluaran minyak di muka. Hasilnya, kulit anda akan mendapat kebaikan zat asli beras yang murah dan mudah!

Kulit cantik, anda gembira …. ibu anda pula bahagia!! (Kerana telah berevolusi menjadi anak dara yang rajin ke dapur!)SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, July 11, 2007

Demam

Hari ni demam lah..Tak boleh taip banyak sangat.

Hello!

Hello!Amira di sini.....macam dj pula.Hari ni macam biasa sekolahla...

Sunday, July 8, 2007

Hmmmm

Hari ni tak buat apa pun.Lepas balik piano class jam 1.00 tengahari tu balik rumah pastu tengok tv kejap and tidur pukul 2.00 sampai pukul 5.00.So tak buat apa-apa lah harini.

Hari Bertuah

Wow!Memang best teramat sangatlah tadi.Sebab Mira dapa banyak hadiah tadi kat party kawan Mira nama dia Choo Mei Yin.Tadi main game banyak.Mira hampir dapat ke semua game tapi dua je tak dapat.Yang herannya masa main tiup belon lepas tu pecahkan,Mira dapat juara padahal mira berbadan kecil sahaja.Ramai orang terkejut.Mama dan papa Choo Mei Yin pun sentiasa ingat Mira.

Friday, July 6, 2007

Tak sabar-sabar

Hai semua!Esok,tak sabar-sabar nak pergi party kawan.Nak tahu nama dia siapa?Nama dia Mei Yin.Ok lah.Bye byeChoo guys.......

Thursday, July 5, 2007

Yahoo!

Hello semua!Seronoknya!Yahoo!Eh,kenapa ni?Oh nak tahu sebab apa tiba-tiba Yahoo sangat tu?Sebab ada keluar buku baru.Buku tu nama dia 'Aku Mahu Saiz S'.Nak tahu siapa yang tulis novel tu?Mestilah my favourite novelist iaitu Ain Maisarah.Kalau kak Ain baca blog ni,saya memang bercita-cita nak jadi macam kak Ain.Good luck untuk kak Ain.Doakanlah saya dapat menjadi fashion designer,doctor and novelist.Huii banyak nye nak jadi.Banyak juga berceloteh.Oklah,esok tulis blog lagi.Dah tak sabar-sabar nak tunggu buku keluar lagipun ada peraduan.Ok bye semua.Bye bye.....

Wednesday, July 4, 2007

Tary oh Tary

Haahahahaha.........kelakar betul apabila melihat gelagat si Tary ni.Pasti semua orang nak tahu siapa Tary?Bukan siapa tapi apa.Kenapa?Sebab Tary itu seekor kura-kura.Nama penuhnya Tary Robinson.Glamour kan nama tu?Tary apabila melihat magnetic fridge yang kawan saya beri,dia berketar-ketar dan cium -cium magnet kura-kura itu.Kelakar juga..........

Tuesday, July 3, 2007

For Kak Ain

Kalau boleh,tulis hari-hari ye kak ain...

Tulis blog

Kak Ain boleh tulis topik apa-apa saje.Buat macam rumah sendiri.Tulis lah sebanyak mungkin...

Jangan lupa tulis

Jangan lupa blog!!!!!