Tuesday, July 17, 2007
INFO CUN ~ rawatan muka
Teringin membeli set penjagaan muka jenama SK-II? Saya pasti yang amat semua wanita di luar sana seringkali memujuk ibubapa, teman lelaki, tunang dan suami supaya menjadi penaja membelikan jenama tersebut. Facial Treatment Essence atau lebih dikenali sebagai miracle water dikatakan mampu mentransformasi kulit wajah menjadi selicin sutera dan seputih kapas!
Ramai yang meronta mahu memilikinya tetapi rontaan itu terhenti dengan brek kecemasan bila sahaja melihat tag harga jenama tersebut. Satu set penjagaan lengkap SK-II mampu mencecah harga RM1000!
Jika anda anak Tan Sri seperti Fasha dalam cerita Aku Mahu Popular, (ini kulit bukunya ya! Promote……jangan tak promote!)
.....tentu sahaja wang tidak pernah menjadi masalah. Tetapi bagi orang kebanyakan, RM1000 boleh ditukarganti menjadi belanja bahan makanan dan barang-barang keperluan yang jauh lebih penting.
Namun, masih ada cara untuk menikmati kulit selicin Deanna Yusoff dan Fauziah Latif.
Caranya?? Cukup mudah dan murah!
Rajin-rajinlah memanjangkanlah langkah anda ke dapur. Setiap kali ibu anda mahu menanak nasi, apa kata hulurkan pertolongan. Tawarkan diri anda untuk membilas beras. Mungkin pada percubaan pertama, ibu anda akan memandang pelik seperti anda seekor makhluk asing planet Jupiter yang bermata tiga, tetapi jangan risau. Lama kelamaan bila sudah alah bisa ia akan menjadi tegal biasa. Ibu anda akan terbiasa dengan tabiat baru anda.
Bilas beras bersih-bersih. Pastikan air bilasan itu nanti tidak dibuang. Kumpulkan ia didalam bekas dan gunakanlah air bilasan beras itu untuk mencuci muka anda pula. Ianya bertindak melembutkan kulit muka dan mengurangkan kadar pengeluaran minyak di muka. Hasilnya, kulit anda akan mendapat kebaikan zat asli beras yang murah dan mudah!
Kulit cantik, anda gembira …. ibu anda pula bahagia!! (Kerana telah berevolusi menjadi anak dara yang rajin ke dapur!)SELAMAT MENCUBA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment