Thursday, October 27, 2011

The Power Of Sex Appeal

Sumpah dari tadi aku tergelak teringatkan conversation aku dengan kawan aku ini yang hanya dikenali sebagai 'A'.


A: Apahal ramai perempuan syok sangat kat si 'Z' tu? Muka macam tapak kasut, perangai? Ya Allah, tak macam budak 14 tahun. Macam umur 30 tahun adalah. Gatal sangat.
Me: LOL, maybe kegatalan atau cara dia bergaul yang membuatkan dia disenangi oleh perempuan-perempuan.
A: What? What do you mean actually?
Me: The power of sex appeal.
A: Hah? Apa benda awak merepek ni? Mencarut je tahu.
Me: Itulah awak. Dengar sahaja perkataan s*x mulalah fikir bukan-bukan. Ish, cuba balik buka kamus check apa itu sex appeal. Tak pun, sekarang boleh guna Google Translate.
A: *searching* RAYUAN S***?  @fdsjsk?!



Okay dah-dah. Bersihkan segala fikiran minda hati jiwa naruni sekarang. Antara pengajaran yang boleh kita ambil dari perbualan di atas ialah : -
 Jangan percaya buat-bulat apa yang anda terjemahkan dalam Google Translate. 


Aku pun pernah kena dulu. Nak buat assignment, tapi ada certain terms yang tak faham, guna Google Translate. Last-last, lain pula maksudnya -,-


Hari ni bukan nak cerita fasal Google Translate, tapi well macam aku cakap kat atas. The Power Of Sex Appeal.


A: Now you tell me, what is sex appeal?
Sex appeal or Sexual attractiveness adalah sesuatu benda yang orang akan nampak anda begitu menarik. Walaupun anda tak adalah hot or seksi macam Megan Fox. Contohnya ada di mana-mana sahaja. Kalau tonton drama kat tv tu, mesti selalu tengok perempuan yang tergedik-tergedik yang bajet hot/pakai baju seksi apa semua selalu tak dapat lelaki yang dia idamkan. Betul tak?






Tengoklah High School Musical or drama-drama Melayu, Cina, India dan sebagainya. Dalam cerita HSM, si Sharpay tu asyik tergedik-gedik dekat Troy Bolton. Sampai Troy naik muak tengok. Tapi memang tak dinafikan Sharpay memang pandai bergaya and - hot. Last-last, si Troy tu nak dekat Gabriella Montez. Seorang gadis yang tak hot, tapi mempunyai sex appeal yang sangat menarik. Gabriella seorang gadisnya pandai dan bersopan-santun.




Two years ago, kalau korang setia membaca blog aku dari dulu, korang akan tahu yang aku pergi ke sekolah agama. Kat sekolah agama itu, ada seorang perempuan ni. Dia ni kira musuh nombor 1 aku. Bukan musuh yang nak berebut siapa paling hot/banyak balak/or whatsoever yang mengarut tu. Dia ini dikira musuh aku sebab selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Aku pula sekali je pernah dapat nombor 1. Asyik-asyik nombor 2. Memang aku naik muak sangatlah bila baca report card kelas. Tapi, tak boleh dinafikan yang kami berdua memang best friend! Hehe.


Kawan aku seorang ni sangat special orangnya. Kenapa? Tekalah. Adakah kerana dia mempunyai bentuk badan seperti Megan Fox? Atau dia mempunyai wajah persis Leighton Meester? Oh tidak. Semuanya tidak benar belaka. Muka atau badannya memang tak hot. Dahlah dia budak pakai spek. Sebenanrnya, akhlak peribadi dia yang membuatkan orang suka sangat berkawan dengannya.






Memang ada ciri-ciri akhlak Rasulullah. Kalau tengok muka dia, rasa nak pandang banyak kali. Mukanya jernih. Mungkin Allah telah meletakkan cahaya Nur di mukanya kerana dia memang kuat hafazan dan rajin baca Al-Quran. Tak silap aku, dia dah hafal 1 Juzuk dari surah An-Nas sampai An-Naba'. 100% Kalau tak 100% pun, 97%. Dia pernah bagitahu aku, selalu juga dia tertukar ayat dengan surah-surah lain. 


But still,aku rasa ia sangat hebat! Aku pun kena hafal juga 1 Juzuk waktu tu. Tapi kalau surah panjang-panjang, aku ingat half jelah. Or semi-half. HAHA! Waktu itu kan UPKK/UPSRA. Pemeriksa selalu akan tanya paling banyak pun selalunya 10 ayat (for surah panjanglah) Kalau macam surah Al-Fajr tu semua selalunya. Tapi Alhamdullilah, dapat jugalah straight A's. Okay, not that straight. 1B. As usual, Bahasa Arab :D 




Tak cukup dengan itu, PANDAI. Aku memang jealous setiap kali dapat markah Bahasa Arab, asyik-asyik dia dapat A. Aku? Dapat second highest = B. Uhukss -,- Tak cukup dengan itu, aku tengok dia memang pengawas yang berdedikasi. Memang layak dipanggil penolong ketua pengawas. Memang layak juga dipanggil anak solehah. Tapi sekarang, aku dah lost contact dengannya. Mungkin sekarang dia bersekolah di sekolah berasrama penuh agama. Hmm, I miss you Azza :)


Nak contoh lagi? Pernah tonton rancangan Operah Winfrey? Pada pandangan anda, adakah dia mempunyai sex appeal yang tersendiri? Mestilah ya kan? Kalau tak, kenapa pula ramai manusia berjuta-juta berduyun-duyu satu galaksi ni tonton talk show si Operah tu? Tengoklah cara dia mengacara talk show itu. Tengok sekali, macam nak tengok banyak kali. Walhal, Operah tak adalah hot mana pun. Tapi disebabkan inner glow Operah lah, membuatkan dirinya nampak menarik.






Actually, sex appeal ini memang banyak aspeknya. Ini termasuklah cara percakapan, berpakaian, cara berjalan, cara makan, cara keyakinan diri, cara bergelak(haha) dan sebagainyalah.


Last but not least, just be yourself. Embrace your flaws. Sebab Allah dah jadikan setiap makhluknya berbeza. Bak kata Lady Gaga :- 


I'm beautiful in my way, Cause God makes no mistakes, I'm on the right track, baby I was born this way!
Nanti lepas habis final aku update pula. Bye :) 

3 comments:

Anonymous said...

nice sharing dear
bersainglah secara sihat :)

MIRA said...

Thanks kak :D

Nuriy Arisa said...

terbaik sayangg ^_^

kdg2 charisma seseorg tue yg buat org atracted kat dye ^_^