Masa ibaratkan seperti seorang peragut meragut beg tangan. Tak sampai seminit. Lebih kurang 1-2 saat dah boleh ragut.
Actually, I've been forcing myself to write at least a short post for 31st December 2011. I told myself "No matter what happen, I need to write something about 2011. It's like a conclusion of the year! I must write!" Haha, aku dari tengahari tadi sampai malam tak ada kat rumah. Menziarahi kawan-kawan mama papa aku. Sampai sahaja rumah, mandi semua terus buka laptop. And here I am, writing this post.
2011 has been an amazing year for me. As for my opinion, year is like a food. We have sweet, spicy, sour, bitter, kelat, masin dan sebagainya. Sesuatu tahun ini tidak akan sesekali sempurna tanpa dugaan. Sama juga dengan makanan. Takkan semua makanan berperisa manis? Mesti ada perasa lain juga. Tahun 2011 telah banyak mengajar aku erti hidup, walaupun aku baru sahaja berumur 14 tahun.
2011 jugalah yang mengajar aku untuk menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Tabah menghadapi dugaan. Dugaan inilah yang aku rasa dugaan yang paling teruk yang pernah aku alami. Ya, aku masih ingat 'orang tu' marah aku setiap kali aku masuk kelas. Padahal aku tak buat apa-apa, orang tu sahaja yang suka marah-marah orang. Maki aku. Nak tanya benda tak faham pun kena marah. Dia selalu hentak-hentak kaki.
Alhamdullilah, aku bersama dengan orang tu cuma 3 bulan sahaja. Bila difikirkan balik, macam mana aku hadapi orang tu setiap pagi ya? Beraninya aku? Dahla orang tu layan aku mengalahkan askar. Mesti anda tertanya-tanya siapakah orang tu kan? Haha, biarlah rahsia. Walaupun dia seorang yang agak 'kejam', aku masih mengenang jasa orang tu. Terima kasih saya ucapkan.
Terima kasih juga aku ucapkan kepada semua. Sesiapa sahaja yang berada di sekeliling aku, walaupun aku tidak sama sekali mengenali mereka. Kerana manusia di sekeliling aku jugalah, yang dapat menyedarkan aku bukan aku sahaja yang mendapat dugaan. Disebabkan mereka jugalah aku yakin dan berpegang kepada prisip 'Life Is Fair'. Aku mula berpegang kepada prinsip ini sebaik sahaja mama selalu berkata "Allah Maha Adil". Memang benar. Tak semua orang sempurna. Ada orang itu kaya raya, cantik, dan mampu memiliki segalanya. Tetapi, dari segi akademiknya taklah sebagus mana. Renung-renungkanlah.
Oklah, dah 10-15 minit aku tulis post untuk kali ini. Azam yang tak tercapai pada 2011, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya ya! Kepada sesiapa nak ambil exam penting, janganlah azam tahun ini sekadar nak dapat 8A, lulus sana sini. Ingat, kita hidup di muka bumi Allah bukan sekadar nak dapat A je. Banyak lagi benda yang kita kena buat. Tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.
I would like to say, bye bye 2011! I will always cherish you in my yearbook. Thank you very much for the 'free' lessons! And of course, goodbye Form 2 life. Say hello to 2012 and PMR life :)
No comments:
Post a Comment