Friday, January 24, 2014

#587


Assalamualaikum semua!

Sedar tak sedar, dah berbulan-bulan lamanya aku tak update blog. Dah macam rumah usang blog aku ni. Sekarang, kehidupan aku terlampau sibuk. Nak pula tahun ni clash SPM dengan piano exam. Memang aku agak terkejar-kejar jugalah nak buat macam-macam benda. Nasib baiklah tak pergi tuisyen. Or else I'm going to be flat like zzzzz -.- Itu tak masuk rutin menjahit aku lagi. Hehe, jangan terkejut. Aku dah mula berkecimpung dalam bidang jahitan sejak cuti sekolah tahun lepas. Alhamdullilah, sekarang dah boleh jahit baju kurung sekolah sendiri, jubah A cut, dan princess cut.


Antara hasil jahitan aku.

Kalau nak diingatkan zaman lampau masa aku budak-budak dulu, waktu aku darjah 6 lah waktu yang aku paling rajin tahap giga suka update blog hari-hari. Lepas tu, aku dah tak berapa nak update. Yelah, darah mudah kan masa tu :P 

Memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir aku di alam persekolahan, tahun terakhir aku pakai uniform sekolah, dan tahun terakhir aku panggil guru-guruku 'cikgu', insyaa Allah aku akan konsisten update blog. Aku taknakla lepaskan saat-saat manisku di alam persekolahan. Sebab nanti bila aku tua, bolehla aku baca balik post-post havoc aku masa muda-mudi. Hehe. Sekarang ni pun aku baca post waktu aku sekolah rendah, haha serius rindu bangett.

Setakat ni, life aku masa Form 5 so far so good. Nak cakap happening sangat, takla juga. Sebab tahun ni kelas aku di Blok E, jadi agak terpisah jugalah dengan kelas-kelas lain kalau nak dibandingkan waktu Form 3. Semua in a one roof. Senang nak tengok muka batch kita orang. Tapi yang paling best Melawati kali ni kantinnya mantap! Tak macam dulu. Semua bersemangat nak makan bila masuk je waktu rehat. Termasuklah aku :D

Cuma aku rasa life aku agak hambar sikit tahun ni. I don't know why -.- Tolonglah, happening sikit macam Form 3 dulu ke? Anybody who agree with me? Oh ya, aku tak rasa budak-budak sekolah aku baca blog ni.

Oh ya, tolong doakan aku supaya aku rajin update blog. Aku pun tak tahu lerr followers-followers aku masih mahu baca atau tak blog aku ni. 

xoxo,
MiranoMira.