Thursday, June 12, 2014

Zoo Volunteer 2014

Assalamualaikum my dear readers,

Ya ya. Aku memang dah lama sangat tak update blog. SANGAT LAMA OKAY. Atas sebab tertentu, kekangan masa dan sebagainya, memang aku tak aktif sangat nak berblogging kalau nak dibandingkan waktu aku umur 12 tahun dulu. Hehe. Nak pula lagi beberapa minggu sedang menghitung hari piano exam aku dah dekat. Trial pun akan menjelang tak lama lagi. Jadi, jadual aku memang terlalu padat tahun ni. Yes, budak besar lah katakan -___-

So anyways, pada tanggal 10 Jun 2014, aku dan budak-budak Melawati volunteer kat Zoo Negara. Satu pengalaman yang cukup manis, baharu, dan sangat berguna kepada aku dan rakan-rakanku.

Kumpulan kesayanganku!

Kumpulan aku dapat Bird Aviary, maknanya kena cuci kat tempat burung lah. Pertama kali aku pegang pencakar untuk membersihkan tempat burung. Hehe. Memang syokla. Cubit-cubit roti untuk makanan burung. Bagi flamingo makan ikan yang fresh gituu! Group lain ada yang cuci tempat harimau, kerbau, akuarium, dan sebagainya. Penat, tapi memang berbaloi!

Cubit roti!

Kalau korang tak ada buat apa-apa waktu cuti, aku highly recommended korang pergi volunteer kat Zoo Negara! Nanti akan dapat sijil. Lagipun, volunteer ni kira value added untuk resume kita bila nak apply scholarship/kerja nanti.

Memang banyak yang aku dapat belajar dari volunteer ni. Aku dapat belajar, betapa susahnya orang yang selalunya kita pandang sebelah mata iaitu penyapu sampah, dalam menjalankan tugas. Kami sapu dedaun kering 7 orang pun, Ya Allah memang cabaran. Bila dah sapu je, ada je dedaun nak gugur balik. Itu tak sapu 'kandang' burung Emo lagi. Dengan pasir bagai. 

Daripada situ, kami dapat belajar betapa susahnya orang nak cari duit demi sesuap nasi. Ingat kerja sapu sampah tu simple ke? Kalau orang yang kerja zoo pula, banyak betul tugas yang perlu dipikul. Nak cubit roti 7 orang pun makan masa. Apatah lagi kalau seorang je yang bertugas untuk cubit roti?

Serious, kalau diberi peluang lepas SPM ke nanti, aku nak pergi volunteer kat Zoo Negara!