Wednesday, December 19, 2012

PMR Results 2012

Salam semua!

Seperti kita semua sedia maklum, pada tanggal 19 Disember 2012 merupakan tarikh keramat buat calon-calon PMR 2012. Ya, hari keputusan PMR.

Aku tak boleh tidur malam semalam. Serious tak boleh. Pejam mata banyak kali pun tak mengantuk. Last-last tertidur juga akhirnya. Tapi bangun pukul 5.40 am. Solat subuh semua kemudian menenangkan diri. LOL.

Waktu dalam kereta otw ke sekolah, memang berdebar. Orang selalu cakap butterfly in the stomach, but I would prefer to say butterfly in the jantung. Makan roti High 5 perisa blueberry pun rasa tawar -.- How was that supposed to be?

Sampai sekolah, tunggu beramai-ramai kat tepi pondok pak guard dan akhir sekali di tepi dewan. Waktu tu cikgu tengah distribute slip ke guru kelas masing-masing, so ada yang dah tahu dapat straight As -.- Untunglah yang dapat tahu, dah rasa lega. Kita and the gang dari tadi asyik resah je. Last-last, aku tak tahan aku taip juga kat telefon bimbit ku :-
PMR 97********** BG03***** 

Aku send ke 15888. Aku hantar pada pukul 10.30 am macam tu. Tunggu punya tunggu agak berjanggut. 20-30 minit baru dapat sms. Line congested la tu. Kau bayangkanlah satu Malaysia tengah hantar sms results PMR tu kan. Cikgu pun otw nak turun dari pejabat. Aku masih setia menanti. Dan menanti. Dalam fikiran aku, what if I didn't get this and that...blabla...Fikiran aku dah merewang dah. 

Jumpa guru kelasku. Cikgu Erin sangat gembira pada ketika itu. Yelah, ramai budak-budak dapat straight As. Classmates aku pun salam-salam dengan cikgu. Berpeluk-pelukan. Sampai je turn aku nak salam cikgu, tiba-tiba aku dapat sms dari 15888. Dalam hati kata "Ya Allah, apa aku dapat ni". Hanya Allah sahaja tahu betapa khuatirnya aku pada ketika itu. Aku tekan butang open kat phone and I got 8As. Terkesima jap. Haha, terus tunjuk sms tu kat cikgu. Berpeluk-pelukan. Terjerit-jeritlah kita. HEHE. Kawan-kawan semua ucapkan tahniah bagai. Sungguh tak percaya.

Aku terus call mama. Mama pun happy sangat waktu tu termasuk adik xD Masa cikgu umumkan 8A nak ambil slip kat atas pentas pun ramai orang bersorak. Tapi paling best, budak SMK Taman Melawati dapat masuk Malaysia Hari Ini di TV3. Hehe, cemburu tak? :PPP Camera man siap lalu camera kat aku sih! Hehe, kita duduk kat tengah-tengah pentas.


Alhamdullilah, berkat usaha dan doa akhirnya tercapai juga 8A.


Haha, panjangkan entry kali ini? Sebab dah lama tak tulis, nak lepaskan gianlah katakan. Teringat lagi waktu ambil PMR, aku tak sihat sepanjang minggu. Nak pula waktu tu musim hujan. Cuba bayangkan, tangan kanan pegang pen/pensel untuk menulis/menghitamkan jawapan. Tangan kiri asyik pegang tisu 24 jam lap hingus meleleh. Sambil tu, tangan kiri tu jugalah yang menyelak kertas soalan. Perghh. Agak annoying hingus aku waktu tu. Tak tolak bersin dengan batuk lagi. 

Hari kedua pula, waktu jawab Geografi. Dalam dewan agak ramai yang dah siap. Tiba-tiba ada short circuit pula sampai bomba sampai tolong padamkan kebakaran kat bumbung dewan. Dewan yang selama ni kita orang beratur tu short circuitttt -.- Sampai masuk newspaper you know :O Ramai juga budak-budak dipindahkan masuk dewan lain. Classmates aku dengan Efektif je duduk dalam dewan kat belakang tu. The next day, budak-budak dalam dewan besar dipindahkan ke kelas. Aku la tu.

Waktu exam Sejarah, hujan agak lebat dan berangin sampai kertas kita orang nak terbang dalam kelas. Agak kelakar, sebab ramai nak terkencing sebab SEJUKKKK! The last day which was on 15/10/2012, seronok sangat bila budak-budak bersuka ria lepas habis exam KHB. Aku ambil KHB Perdagangan. Berpeluk-pelukan. Ambil gambar sana sini. Overall pengawas peperiksaan pun baik sangat. And friendly. 

Tapi, sepanjang aku ambil PMR, tak pernah aku tak ada idea. Idea sering mencurah-curah ketika menulis. Mungkin ada hikmahnya aku demam teruk kot waktu. Ada aku pernahla ternampak kawan aku kat dewan waktu tu English Paper 2, dia tulis, termenung. Tulis termenung. Aku alhamdulillah. Mudah dapat idea. Hikmah daripada demam teruk kot. Dahla suara sengau. Haha. Good times ~~

Haha, setiap kali balik rumah habis exam mesti nak semak jawapan. Tapi alhamdullilah, semua jawapan menyedapkan hati. HEHE. Untungkan budak-budak sekarang, semak jawapan kat Twitter la. Facebook la. Blog la.

3 Maju classmates *spot me

Okayla, post dah terlalu panjang. Nanti korang bosan pula. Anyway, tahniah diucapkan kepada calon-calon PMR 2012 yang berjaya. Kepada yang keputusan kurang cemerlang, mungkin Allah tak izinkan lagi. Mana tahu, SPM korang cemerlang ke?



BYEBYE <3


1 comment:

Anonymous said...

explained most of the people payback his or her financial loans by the due date as well as not having bank charges
A number one credit debt nonprofit charities wants the volume of people checking out them all meant for support across payday advance debts to be able to increase this. personal debt nonprofit charities says approximately purchased a short-term, huge fascination loans this season. That charitable says four years gone may be clients with them appeared to be minor.
kredyty pozabankowe nowy sacz
kredyt firmowy bez zaświadczeń
pożyczka bez bik jelenia góra
szybka pożyczka
pożyczki prywatne jelenia góra
kredyt na dowód szczecin
pożyczka prywatna dla rodziny
kredyt bez zaświadczeń wrocław
szybki-kredyt.org.pl
pożyczki prywatne