“Berhenti!Tak adillah begini.Main semula!”,teriak Amira dengan rasa geram dan dendam menguasai diri.Amira keluar dari gelanggang permainan galah panjang atau di kenali sebagai ‘toi’ di Perlis.Kawan-kawan Amira pun hendak pulang ke rumah.
Amira cukup menyampah dengan sepupu-sepupunya comel yang di anggap kanak-kanak Ribena.Datuk dan nenek yang di panggil ‘tok’ dan ‘tokwan’ pun asyik membela budak kecil sahaja.
Bulan Ramadhan tidak elok untuk membuat perkara yang tidak di sukai oleh Allah.Oleh itu,dia bercadang untuk menenangkan diri daripada gangguan syaitan yang asyik menggeleteknya membuat perkara yang tidak elok seperti tadi.Dia telah mengutuk-ngutuk sepupu-sepupu yang comel-comel itu tadi.Sepupu comel yang di maksudkan antaranya adalah Mifzal,Muazzam dan Madihah.
Oleh sebab itu,dia mahu membaca Al-Quran.Tiba-tiba, Amira berasa ada sesuatu yang mengekorinya ke bilik.Satu tamparan hebat kena tepat bahu Amira.
“Arghhh!!Sakit!!”,teriakan Amira mampu menggegarkan satu rumah.Begitulah hebatnya kekuatan Amira untuk menjerit.Kali ini, tajuk filem yang sesuai untuk sikap Amira ialah ‘Kampung Menjerit’.
“Kak Mira, kami semua ingin meminta maaf tentang perkara tadi.Kami ingin menebus kesalahan kami pada Kak Mira kami ingin belanja Kak Mira makan ais-krim selepas Solat Tarawih boleh?”,Mifzal memujuk Amira yang mudah di pujuk itu dengan berjaya!!!Yeah!!!Kanak-kanak Ribena itu bersorak keriangan.
Dah habis!Nak baca sepenuhnya?Sila dptkan buku PTS ONE Bumper Raya Edisi 2008.Komenlah,Mira suka...






