Saturday, December 31, 2011

Conclusion Of The Year - 31st December 2011

Lagi 2 jam je lagi nak 2012. I know, time flies so fast like in a blink of an eye. Macaim berapa bulan je aku baru jadi budak form 2. Tup tap tup tap, dah jadi PMR candidates.


Masa ibaratkan seperti seorang peragut meragut beg tangan. Tak sampai seminit. Lebih kurang 1-2 saat dah boleh ragut.


Actually, I've been forcing myself to write at least a short post for 31st December 2011. I told myself "No matter what happen, I need to write something about 2011. It's like a conclusion of the year! I must write!" Haha, aku dari tengahari tadi sampai malam tak ada kat rumah. Menziarahi kawan-kawan mama papa aku. Sampai sahaja rumah, mandi semua terus buka laptop. And here I am, writing this post.


2011 has been an amazing year for me. As for my opinion, year is like a food. We have sweet, spicy, sour, bitter, kelat, masin dan sebagainya. Sesuatu tahun ini tidak akan sesekali sempurna tanpa dugaan. Sama juga dengan makanan. Takkan semua makanan berperisa manis? Mesti ada perasa lain juga. Tahun 2011 telah banyak mengajar aku erti hidup, walaupun aku baru sahaja berumur 14 tahun.


2011 jugalah yang mengajar aku untuk menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Tabah menghadapi dugaan. Dugaan inilah yang aku rasa dugaan yang paling teruk yang pernah aku alami. Ya, aku masih ingat 'orang tu' marah aku setiap kali aku masuk kelas. Padahal aku tak buat apa-apa, orang tu sahaja yang suka marah-marah orang. Maki aku. Nak tanya benda tak faham pun kena marah. Dia selalu hentak-hentak kaki.






Alhamdullilah, aku bersama dengan orang tu cuma 3 bulan sahaja. Bila difikirkan balik, macam mana aku hadapi orang tu setiap pagi ya? Beraninya aku? Dahla orang tu layan aku mengalahkan askar. Mesti anda tertanya-tanya siapakah orang tu kan? Haha, biarlah rahsia. Walaupun dia seorang yang agak 'kejam', aku masih mengenang jasa orang tu. Terima kasih saya ucapkan.


Terima kasih juga aku ucapkan kepada semua. Sesiapa sahaja yang berada di sekeliling aku, walaupun aku tidak sama sekali mengenali mereka. Kerana manusia di sekeliling aku jugalah, yang dapat menyedarkan aku bukan aku sahaja yang mendapat dugaan. Disebabkan mereka jugalah aku yakin dan berpegang kepada prisip 'Life Is Fair'. Aku mula berpegang kepada prinsip ini sebaik sahaja mama selalu berkata "Allah Maha Adil". Memang benar. Tak semua orang sempurna. Ada orang itu kaya raya, cantik, dan mampu memiliki segalanya. Tetapi, dari segi akademiknya taklah sebagus mana. Renung-renungkanlah.


Oklah, dah 10-15 minit aku tulis post untuk kali ini. Azam yang tak tercapai pada 2011, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya ya! Kepada sesiapa nak ambil exam penting, janganlah azam tahun ini sekadar nak dapat 8A, lulus sana sini. Ingat, kita hidup di muka bumi Allah bukan sekadar nak dapat A je. Banyak lagi benda yang kita kena buat. Tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.


I would like to say, bye bye 2011! I will always cherish you in my yearbook. Thank you very much for the 'free' lessons! And of course, goodbye Form 2 life. Say hello to 2012 and PMR life :)

Saturday, December 24, 2011

Tutorial : Blogspot Redirect Link ke Ripway.com

I know, I know. Dah hampir 2 minggu aku cuba nak buka blog aku, tapi beberapa saat kemudian asyik-asyik redirect ke Ripway.com. Dan alhamdullilah, dengan izin Allah aku dapat cari penyelesaian untuk memberhentikan blog aku ini daripada redirect ke Ripway.com. So, aku harap kalau ada sesiapa punya blog ke redirect, cubalah langkah-langkah ini.


Pertama sekali, mesti anda tertanya-tanya, kenapa blog anda boleh redirect ke Ripway.com? Kenapa ada sesetengah blogspot orang lain tak kena pun? Jawapannya ialah Blogspot redirect ke Ripway.com disebabkan oleh penggunaan gadget/widget yang mengandungi javascript. Jadi, javascript tersebut akan memberi perintah dan mengarahkan ke laman web Ripway.com. Ripway ni hosting juga.


Pada kebiasaannya, para Blogger yang masukkan gadget/widget tertentu ke dalam blog yang mengandungi <script>............ripway.com..........</script>  atau benda-benda yang sewaktu dengannya yang akan dapat blognya redirect ke Ripway. Tapi tak mustahil juga kalau ada hackers yang buat.


Okay, macam mana nak selesaikan masalah ini?

  1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML
  2. Tekan CTRL+F dan cari Ripway.com 
  3. Kalau tak ada Ripway.com cari pagesinxt.com (jika ada abaikan langkah ini)
  4. Delete terus coding yang ada Ripway.com tu.
  5. Preview dulu, kalau semua okay baru save!
Contoh coding :-
<script ......ripway.com.............. /> ATAU
<script>............ripway.com..........</script>


Kalau tak boleh juga, kemungkinan widget follower anda juga mengandungi redirect ke Ripway. If masalah berlarutan, cubalah delete.


Okay, semoga berjaya. Bye :)

Wednesday, December 14, 2011

The Real Tengku Sophia?

Tadi ada check Twitter. Dengar kata, yang ini baru :-



Yang Sophia maki hamun tu fake. Tengok profile baru tu pun, tweet dia semua baik - baik. Cakap Ya Allah semua. Tapi tak tahu betul confirm itu Sophia ke tak. But for sure, mak dia memang Christian and bapa dia Muslim. Then mak dia converted Islam. Yang real Sophia tu cakap, yang Tengku Sophia fake tu dah buat kekecohan. Si fake Sophia itu teman sekelas THE REAL SOPHIA, kata THE REAL SOPHIA. Mungkin kawan Sophia ni dengki kot. Sebab tu guna nama Sophia kat Twitter bagai and burukkan nama Islam dan Malaysia. Last - last, nama Tengku Sophia pula diburuk-burukkan -,-

Semoga Tengku Sophia yang asli terdiri daripada golongan yang baik-baik belaka. Amin :)
Latest UPDATE! - 14th December 2011, 4.20 pm.

Ada lagi 1 TENGKU SOPHIA YANG BARU!
Tak tahu nak percaya imtengkusophia or tengku_sophia :O Or tak payah percaya langsung.

Saturday, December 10, 2011

10 Perkara Yang Yahudi Taknak Kita Tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!




1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 

tahun!


Harga rokok : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka..orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar.
Minta jasa baik anda untuk menyebarkan perkara ini kepada saudara-saudara Muslim anda. Sekian, terima kasih :)

Sunday, October 30, 2011

Maggi? Mi Sedaap? Cintan?

Oh, please. Dengar sahaja nama-nama semua jenis mi segera, aku dah terliur. Terutamanya Mamee Kari Berapi dengan Mi Sedaap Sambal Goreng. Padahal baru makan Maggi semalam. Dah tahu nak exam, ada hati nak makan Maggi. Nasib baik tadi baca Sejarah boleh ingat semua benda. Kalau tak, habislah aku.

Hmm, kriuk-kriuk! *slogan Mi Sedaap* Well, siapa tak suka maggi? Masak pun tak sampai 5 minit. Mudah pula tu. Tapi makanan yang tak berkhasiatlah! Kalau dah desperate sangat sampai tak ada apa-apa nak makan, boleh makan sampai 2 paket! Teringat waktu kecil dulu, first time masak Maggi sendiri ketika berumur 6 tahun. 


Masa tu pendek lagi. Nak masak pun kena berdiri atas kerusi. Kena ada orang dewasa kat rumah. 






Sebenarnya, ramai yang tak tahu nak masak maggi. Kay. Jangan nak terjah aku sesuka hati. Mungkin anda yang sedang membaca blog ini juga tak reti nak masak Maggi walaupun sebenarnya tahu masak Maggi. *angkat kening* Maksud aku, ramai yang masak Maggi dengan caranya yang salah.
Aku dah baca segala manual yang ada kat paket Maggi itu. APAHAL PULA KAU CAKAP AKU SALAH *buat muka marah macam Giant nak marah Nobita*
Anda tahu tak, kalau ikut cara-cara masak Maggi yang ada kat paket tu boleh mengundang padah? Boleh membawa kemudaratan? Kay, dah dah. Jangan nak buat muka cuak. Maka dengan ini, saya dengan murah hatinya ingin berkongsi cara-cara memasak mi segera dengan cara yang betul - tanpa menjejaskan badan dan kesihatan


Selalunya, kita masak maggi dengan masukkan maggi ke dalam air yang mendidih. Then, taruk perencah dan biarkan maggi tu masak selama 3 minit.


Apabila kita merebus segala ramuan dalam perencah itu yang mengandungi MSG, ia akan mengubah struktur molekul dan yang paling teruk, ia akan menjadi toksik. EWW. Hah, lagi satu, mi maggi tu pula sebenarnya diselaputi oleh wax. Ya, wax. Alah, macam cerita The House Of Wax! Kalau kita nak buang wax tu dari badan kita, ia akan mengambil masa 4 - 5 hari selepas kita dah makan maggi tu.


Cara-Cara Masak Mi Segera Dengan Cara Yang Betul

  1. Masuk mi ke dalam air yang mendidih.
  2. Apabila mi sudah masak, keluarkan mi tersebut dan buang air yang mengandungi sisa wax. (airnya berwarna kekuningan sikit)
  3. Jerang air hingga mendidih dan masukkan mi tadi. 
  4. Padamkan api. Bila api dah padam, sementara air masih panas, masukkanlah perencah tersebut.
  5. Kalau buat mi segera goreng, keluarkanlah mi tersebut dan toskanlah. Tambah perencah lepas tu.
Ramai pesakit yang berumur lingkungan 18 - 24 tahun merana sakit pancreatitis sama ada yang merengsakan atau jangkitan disebabkan pankreas terdedah dengan mi segera. Terutamanya yang makan maggi kerap! Kalau anda makan maggi tu lebih dari 3 kali dalam seminggu, lebih baik ubah cara pemakanan tu. Maut menunggu.... 

Okaylah, nak baca buku. Bye bye :)


Thursday, October 27, 2011

The Power Of Sex Appeal

Sumpah dari tadi aku tergelak teringatkan conversation aku dengan kawan aku ini yang hanya dikenali sebagai 'A'.


A: Apahal ramai perempuan syok sangat kat si 'Z' tu? Muka macam tapak kasut, perangai? Ya Allah, tak macam budak 14 tahun. Macam umur 30 tahun adalah. Gatal sangat.
Me: LOL, maybe kegatalan atau cara dia bergaul yang membuatkan dia disenangi oleh perempuan-perempuan.
A: What? What do you mean actually?
Me: The power of sex appeal.
A: Hah? Apa benda awak merepek ni? Mencarut je tahu.
Me: Itulah awak. Dengar sahaja perkataan s*x mulalah fikir bukan-bukan. Ish, cuba balik buka kamus check apa itu sex appeal. Tak pun, sekarang boleh guna Google Translate.
A: *searching* RAYUAN S***?  @fdsjsk?!