Monday, June 9, 2008

Ini Suatu Cerita Di Kampung 5 Murni

Salam semua,

Hari ini,Mira nak ceritakan sikit tentang sikap-sikap kawan-kawan Mira di kelas.Di mana kampung 5 Murni?5 Murni itu kelas Mira.Erm,kelas Mira ini sebenarnya kelas nombor satu.

Kalau nak ceritakan sikap-sikap kawan-kawan Mira ni,hmm,alamatnya sampai esoklah nak cerita..Huhu,apapun kita start dengan jejaka yang perasan 'macho' di kelas 5 Murni ni.

Hakim...Dia ni perasan macho.Kalau orang panggil nama dia,dia sendiri akan tambah perkataan macho.Jadi,namanya Hakim Macho.Hakim ni juga suka sangat mereka lagu dan mengubah lagu.Ada-ada sahaja Hakim ni...Geng-geng yang lain pula Naim,Nik,Akid,Alyzack(ini nama betul tau!!!) dan lain-lain lagi.Fuh!!Ramai tau geng-geng Hakim ni.Alyzack pula,nama penuhnya(tanpa bin)Alyzack Daniel.Percaya tak nama dia ni?

Hmm,pasti ramai yang tak percayakan?Ya.Itulah hakikatnya.Maknya orang Cina.Kadang-kadang,ada juga orang cakap dia Alycat.Apatah lagi Hakim.Hakim akan menyanyikan lagu 'Alycats likes to eat fish'.Huhu..

Erm,taknaklah asyik cerita fasal Hakim je.Tadi,Mira baru sahaja menerima keputusan peperiksaan.Alhamdullillah.Syukur.Semuanya A.5 A.Ini markah-markah yang telah Mira peroleh.

PM=85
SN=90
M2=38

Ada yang belum dapat lagi.Tapi,dengar khabar,Mira kemungkinan besar dapat A!InsyaAllah...

Ok,kalau sikap perempuan pula bagaimana?Ada budak perempuan ganas tau di kelas Mira ni.Nak tau sapa?Top 3 perempuan terganas di kelas 5 Murni?Jom tengok senarai ini.

1)Maryam Qistina
2)Nurul Iffah
3)Najwa Amira

Huh?Nama Mira disitu?Ya memang benar Mira seorang perempuan yang agak ganas..Huhu....

Hmm,cerita Mira ni panjanglah kalau nak ceritakan kesemua sikap kawan-kawan Mira di kelas.Nak dengar lagu yang telah dicipta oleh Hakim And Friends?Dengar tak boleh,baca lirik je boleh..heheh....

Terlalu Istimewa

Kau,terlalu istimewa,
Sehingga orang tidak dapat melupakannnya,
Kerana wajahnya,
Yang terlalu istimewa seperti bunga mawar.

Hah!Inilah lagunya.Ada banyak lagi lagi-lagu yang telah direka oleh Hakim and Friends.Lagu terlalu istimewa baris yang pertama,anda semua boleh menggantikan perkataan 'kau' dengan nama anda sendiri.Sebenarnya,lagu terlalu istimewa tidaklah seperti Mira tulis seperti di atas.Tapi Mira lupalah macam mana lagu tu...Mira gubah je lagu tu..Baris yang ke-2 dan ke-3 je betul macam Hakim buat...

Oklah,sampai di sini sahaja post pada kali ini.Rajin-rajinlah buat homework dan selamat bersekolah!

Salam Yang Tengah Over Rajin,
Najwa Amira

Friday, June 6, 2008

Benda-Benda Baru Di Amira's Diary

Salam semua,

Hari ini Mira nak bagitahu bahawa ada benda-benda baru di blog Mira ini.Ini adalah senarai barang-barang baru dan kedudukannya sekali.

~GuestBook=Bawah sekali
~Rose=Bawah sekali
~Birthday Gift=Bawah sekali
~Friends Test=Sebelah

Semoga,anda semua berpuas hati dengan barang-barang baru tersebut.Enjoy!!!


Salam Ceria,
NajwaAmira

Wednesday, June 4, 2008

Tag..Tag..Tag..Is Coming To Town

Salam semua,

Entri pada kali ini,Mira ingin menjawab tag dari Sara Imanina.Thank you my friend sebab tag Mira!!!


My favourite nomber is 6 and 15!!




3 facts about me...


1)Kuat makan tapi tetap kurus dan slim!!
2)Nak jadi anak solehah dan taat kepada perintah Allah.(InsyaAllah)
3)Berbakat untuk bermain piano,olahraga,bercerita apatah lagi syarahan/pidato (suka sangat kasi nasihat kat orang ya!!)




3 things frightened me...



1)Kena seksa dengan malaikat-malaikat kalau dalam kubur(fuh,takutnya)

2)Kalau mama sumpah aku jadi batu macam cerita Si Tanggang(mama,Mira anak yang baikkan??Taat kepada perintah ibu bapa tau kawan-kawan)

3)Kena culik dan dibunuh!!(tawakal jelah)

3 songs for meantime...

1)Never underestimated a girl-Vanessa Hudgens(Eh!Jangan ingat perempuan tak boleh buat apa-apa tanpa lelaki!!Betul tak girls?

2)What You Done-Najwa Amira(Mira sendiri reka lagu tu..Nanti Mira kongsikan lirik lagu tu ya?

3)Dua hati menjadi satu-Dafi,Gita Gutawa(Erm,kepada boys diluar sana,kalau nak mengurat/mengorat(mana betul ejaan ni?)kasi ais-krim je..

3 phrases that i always said...

1)Ya Allah

2)Tahu tak apa/opocot

3)Apa tengok-tengok/pandang-pandang(cewahh,ramai peminat tau!!hehe)

3 valuebles things for me..

1)My Family+Friends

2)My pet Tary Robinson the tortoise

3)My notebook(laptop) brand ACER

3 first time in my life...

1)Dapat mobile phone masa 5 tahun

2)Dapat colour pencil masa 4 tahun

3)Dapat mengubah lagu bertajuk Biarlah Rahsia sejak darjah 3

3 lucky person been tagged..

1)Sesiapa yang nampak tag ini pada PC or laptop anda

2)Sesiapa yang sudi jawab tag ini

3)Sesiapa yang nak jawab tag ini

P/S:Sesiapa yang nak jawab tag ini,silakan untuk menjawab tag ini.Daftarkan nama anda di bahagian komen ya.

Salam Ceria,

Najwa Amira








Cuti Sekolah Hampir Tamat!!!

Salam semua,

Tak lama lagi cuti sekolah dah nak tamatkan?Tak macam dua minggu kan?Masa cepat sangat berlalu.Kalau boleh,nak cuti sampai sebulan baru puas.Cuti sekolah ini,Mira tak pergi mana-mana.Asyik menghadap buku sekolah and my favourite menghadap notebook(laptop) Mira!!!Masa inilah Mira boleh update blog puas-puas dan chatting.

Hadirin-Hadirat Yang Di hormati Sekalian,(ucapan pulekk)

Masa cuti ini jugalah kita boleh berbuat ibadah banyak-banyak.Biar bertambah pahala kita betul tak?Contohnya macam kak Hanis Aqilah kita dan Darina.Mereka berdua pergi ke Makkah.Yang tak pergi Makkah pula buat apa?

Bacalah Al-Quran ke,bersenam ke,baca buku-buku kak Ain Maisarah ke(promote jangan tak promote) atau apa-apa sahaja perkara yang berfaedah.Solat pun kena cukup tau!!Ataupun,solat hajat bersama keluarga?

Hari ini,seperti biasa Mira ada tuisyen jam 8-10 malam.Kalau ikutkan,Mira malas nak pergi tuisyen!!!Tapi,kalau difikirkan,tak baik untuk kebaikan Mira.Ya tak?Jadi,lebih baik Mira pergi daripada menghadap tv je.

Tahun ini juga,Mira akan menghadapi peperiksaan UPKK,dan Exam piano.Mira akan ambil grade 7.So wish me luck ok?Sampai di sini sahaja coretan di Amira's Diary(my lovely diary).Sampai berjumpa lagi.Bye..

Salam Ceria,
NajwaAmira

Bicara Tentang Guru

Ingin sesekali aku,
Berdiri tegak di persadamu,
Mengenal setitik budi,
Menghirup secangkir kasih.

Ingin sesekali aku,
Berdiri di anjung kasihmu,
Memetik sebuah keikhlasan,
Menghampar sebuah harapan.

Ingin sesekali juga aku,
Berada di takhta muliamu,
Mengisi kekosongan dada anak bangsa,
Mendukung keagungan,melempar gusar,
Daripada jiwa anak didikmu.

Tuesday, June 3, 2008

Birthday Bash Kak Farihah Iskandar@Kak Yayah

Salam semua,

Hari ini,Mira akan kongsikan sikit tentang Birthday Bash Kak Farihah Iskandar@Kak Yayah di atas permintaan orang ramai.

Suasananya memang meriah..Kenapa?Tak percaya?Kalau tak percaya,tengok sendiri gambar ini.Memang meriah..Line beratur pun agak panjang.



Hah,ini pula gambar Mira bersama idola Mira iaitu kak Ain.Tapi,masa ni senyuman Mira tak berapa 'ok' sebab flash agak terang untuk jadi macam patung..Huhu..



Masa itu,Mira kena tulis NAMA,EMEL,dan NOMBOR TELEFON.Mira pun tak tahu apa mereka nak buat dengan maklumat-maklumat tersebut.

Mira pun dapat mini goodie bag.Nak tengok goodie bag dan isi goodie bag tu?Tak lupa juga kak Yayah ada tulis mesej tau..Jom tengok..







Cupkek itu sudah sampai mendarat di perut Mira.Jadi tak sempat nak ambil gambar.Tapi takpe,Mira pinjam gambar cupkek itu dari kak Balqis.Boleh ya?




Ok,Mira berharap agar semua berpuas hati dengan gambar-gambar dan cerita-cerita yang Mira ceritakan.


Salam Ceria,
NajwaAmira

Monday, June 2, 2008

Beg Comel

Salam semua,

Hari ini,Mira nak kongsikan sikit tentang beg.Beg ada pelbagai jenama seperti Guess,Kipling,Billabong,Puma,Girls,Lulu Belle dan sebagainya.

Mira pun tak terkecuali untuk memiliki beg-beg tersebut.(kadang-kadang je)Tetapi,walau bagaimanapun,kita pun kena berjimat-cermat.Kenapa?Berjimat-cermat adalah separuh satu daripada iman.

Tok Mira(nenek Mira)suka sangat menjahit.Hobilah katakan.Kalau tok Mira ada masa lapang,tok Mira akan jahitkan 'pouch' untuk Mira.Nak tengok tak pouch yang paling cantik dan Mira suka?

Nak tengok gambarnya?Inilah gambarnya.





Hmm,cantik tak?Mira gelarkan pouch ini beg comel.Sebab memang comel pun.Tok Mira memang pakar dan kreatif hal-hal begini.

Sampai berjumpa lagi.Kalau ada cerita-cerita menarik,Mira akan kongsikan dengan anda semua.

Salam Ceria,
NajwaAmira