Monday, June 9, 2008

Ini Suatu Cerita Di Kampung 5 Murni

Salam semua,

Hari ini,Mira nak ceritakan sikit tentang sikap-sikap kawan-kawan Mira di kelas.Di mana kampung 5 Murni?5 Murni itu kelas Mira.Erm,kelas Mira ini sebenarnya kelas nombor satu.

Kalau nak ceritakan sikap-sikap kawan-kawan Mira ni,hmm,alamatnya sampai esoklah nak cerita..Huhu,apapun kita start dengan jejaka yang perasan 'macho' di kelas 5 Murni ni.

Hakim...Dia ni perasan macho.Kalau orang panggil nama dia,dia sendiri akan tambah perkataan macho.Jadi,namanya Hakim Macho.Hakim ni juga suka sangat mereka lagu dan mengubah lagu.Ada-ada sahaja Hakim ni...Geng-geng yang lain pula Naim,Nik,Akid,Alyzack(ini nama betul tau!!!) dan lain-lain lagi.Fuh!!Ramai tau geng-geng Hakim ni.Alyzack pula,nama penuhnya(tanpa bin)Alyzack Daniel.Percaya tak nama dia ni?

Hmm,pasti ramai yang tak percayakan?Ya.Itulah hakikatnya.Maknya orang Cina.Kadang-kadang,ada juga orang cakap dia Alycat.Apatah lagi Hakim.Hakim akan menyanyikan lagu 'Alycats likes to eat fish'.Huhu..

Erm,taknaklah asyik cerita fasal Hakim je.Tadi,Mira baru sahaja menerima keputusan peperiksaan.Alhamdullillah.Syukur.Semuanya A.5 A.Ini markah-markah yang telah Mira peroleh.

PM=85
SN=90
M2=38

Ada yang belum dapat lagi.Tapi,dengar khabar,Mira kemungkinan besar dapat A!InsyaAllah...

Ok,kalau sikap perempuan pula bagaimana?Ada budak perempuan ganas tau di kelas Mira ni.Nak tau sapa?Top 3 perempuan terganas di kelas 5 Murni?Jom tengok senarai ini.

1)Maryam Qistina
2)Nurul Iffah
3)Najwa Amira

Huh?Nama Mira disitu?Ya memang benar Mira seorang perempuan yang agak ganas..Huhu....

Hmm,cerita Mira ni panjanglah kalau nak ceritakan kesemua sikap kawan-kawan Mira di kelas.Nak dengar lagu yang telah dicipta oleh Hakim And Friends?Dengar tak boleh,baca lirik je boleh..heheh....

Terlalu Istimewa

Kau,terlalu istimewa,
Sehingga orang tidak dapat melupakannnya,
Kerana wajahnya,
Yang terlalu istimewa seperti bunga mawar.

Hah!Inilah lagunya.Ada banyak lagi lagi-lagu yang telah direka oleh Hakim and Friends.Lagu terlalu istimewa baris yang pertama,anda semua boleh menggantikan perkataan 'kau' dengan nama anda sendiri.Sebenarnya,lagu terlalu istimewa tidaklah seperti Mira tulis seperti di atas.Tapi Mira lupalah macam mana lagu tu...Mira gubah je lagu tu..Baris yang ke-2 dan ke-3 je betul macam Hakim buat...

Oklah,sampai di sini sahaja post pada kali ini.Rajin-rajinlah buat homework dan selamat bersekolah!

Salam Yang Tengah Over Rajin,
Najwa Amira

2 comments:

fatinhanani said...

Mira!!!

akak nak tau psl hakim n da geng tu..
akak nak lirik lagu yg dorang cipta leyh x???
kwn akak ada reka cipta lagu menghitung hari..
lagu krisdayanti..
tau x lagu tu???

MIRA said...

Rasanya tahu kak Fatin..