Wednesday, June 4, 2008

Bicara Tentang Guru

Ingin sesekali aku,
Berdiri tegak di persadamu,
Mengenal setitik budi,
Menghirup secangkir kasih.

Ingin sesekali aku,
Berdiri di anjung kasihmu,
Memetik sebuah keikhlasan,
Menghampar sebuah harapan.

Ingin sesekali juga aku,
Berada di takhta muliamu,
Mengisi kekosongan dada anak bangsa,
Mendukung keagungan,melempar gusar,
Daripada jiwa anak didikmu.

4 comments:

Sara Imanina said...

Salam mira,

Bagus. Rajin-rajinlah cipta puisi lagi yer.

p/s : sara sendiri malas nak berpuisi. apallah.heeh

najwaamira said...

Salam Sara,

Biasa2 je Mira buat.Mira lebih suka buat pantun dari puisi sebenarnya..

:: Fatin Hanani :: said...

mira...
wah..berbakatnya awak..
yup..betul kata sara , teruskan berpuisi ya!!!

najwaamira said...

Dear Kak Fatin,

InsyaAllah,kalau ada masa,Mira cuba buat lagi ya?