Friday, August 15, 2008

Ketawa Pengubat Duka!

Haluuu!

Aku tengah boring ni..So,aku masukkan entri tentang lawak jenaka.Kalau anda stress,bacalah ni sepuas-puasnya sehingga anda betul-betul ceria.Dalam cerita lawak ni,aku bahagikan kepada beberapa cerita...

Peribahasa Inggeris...

peribahasa yang di translate bagi yang kurang fasih berbahasa inggeris..

1) frog under coconut shell
2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation
3) let the child die, please do not custom perish
4) throw stone hide hand
5) already fell in befall ladder
6) harpoon two eyes
7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand
8) banana fruit twice
9) sparrow equivalent hornbill which flaying with
10) dog barked hill

selamat belajar...(faham2kan dalam BM ya..)

Telinga....

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari, dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"


"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".


Ayat "Baik"


Pada suatu hari,Ali disuruh oleh gurunya untuk membuat ayat majmuk.Ikutilah perbualan mereka:-

Guru: Ali,sila buat ayat majmuk dengan menggunakan ayat:- Ali pergi ke sekolah.Ali ternampak mayat.

Ali : Ali ternampak mayat pergi ke sekolah.Betulkan cikgu?
Guru: Emmmmm ( menelan air liur )

Harap anda semua terhibur dengan jokes ni..Ada yang lagi lawak!Nak tak?Kalau nak,boleh langgan..Free je..Kalau nak,sila taip emel anda di bahagian komen dan aku anda hantarkan...Cepat!Cepat!

Salam Ceria,

NajwaAmira
















5 comments:

Anonymous said...

Kelakar betul.

Mira UPKK bila? Boleh Sara tau ??

Ada bercerita, nasyid semua itu sempena apa ?
Bulan Patriotisme ker atau apa sahaja ?

Dee said...

Mira dah percubaan ke berapa setakat nie?Bls kt blog Derine yerk?

MIRA said...

Sara,

UPKK lepas raya bulan Okt.Huh!Nervous!

Yg tu peringkat zon..

Derine,

Setakat ni UPKK yg buku pink penghayatan hidup islam..

cikadlynn said...

Huh!Bole gak.Tapi Kak Najwa kan da tahu mel saya?

Miss Alisa said...

alisa_mini99@yahoo.com
hehe.. baru nk bace entry ni...