Friday, June 13, 2008

Kisah 3 Orang Jejaka

Salam semua,

Kisah 3 orang jejaka?Hakim and friends ke?Taklah...Ini 'best friends lelaki' Mira yang selalu blackmail Mira dan best friends perempuan Mira(Azza dan Ain)di sekolah agama..Bukan sekolah kebangsaan.Dengarkan kisah Mira yng telah dibuli teruk oleh 3 jejaka iaitu:-

1)Danial(si ketua membuli)+Pengawas Sekolah???
2)Hamzah(penolong membuli)+Pengawas Sekolah???
3)Hazman(setiausaha membuli)+Ketua Kelas???

Huh???Ini semua ada jawatan masing-masing.Bukannya murid biasa.Mira murid biasalah.Azza pengawas sekolah,manakala Ain pula penolong ketua kelas.Aik???Macam mana ni??Ish!!!Tak adil!!! Pengawas dan ketua kelas buli kami?Tidak!!!Kisahnya begini.....

Khamis,12 JUN 2008(petang di sekolah agama)

Mira,Azza,dan Ain telah mendapat keputusan yang amat cemerlang.Apa lagi?Kita orang bersorak keriangan lah!!Tiba-tiba,datang 3 orang jejaka yang kononnya 'gila kuasa'(Daniel,Hamzah dan Hazman) datang ke meja ahli-ahli kehormat(Mira,Azza dan Ain).Danial,orang yang pertama curi-curi nak ambil kertas periksa Azza dari beg,Mira terus menghalang Danial.Apa lagi???Danial bengang lah!!Dan seterusnya....Danial,Hamzah,dan Hazman telah menjalankan tugas masing-masing untuk mengetahui markah kami bertiga.Mereka telah mengetahui markah Azza dan Ain.Tapi,Mira je mereka belum tahu!!Oooo...alamak!!!Danial ambil buku tajwid Mira!!!Hamzah pula ambil kertas periksa Mira!!!Hazman ambil kertas periksa Mira yang lain..!!!Danial lagi sekali serang Mira...Dia ambil beg Mira!!!Urghhh!!!Tiba-tiba,uztaz Yahya(guru besar)datang....Beg Mira selamat berada di tepi meja Ain.Ain tanya"Beg sape pula ni?Ish..".Mira jawab"Oii!!!Itu beg kitalah!!!"..Nak tahu kenapa mereka nak sangat tahu markah kami bertiga?Sebab,kemungkinan besar Azza(memang sah dapat nombor satu).Mira(orang kata,Mira sah dapat nombor dua..Selalunya macam tulah).Ain(ustazah kata,Ain ada harapan dapat nombor 3)Danial(Boleh dapat nombor dua!!Kadang-kadang tiga!!!Fuh Mira and Danial..Siapakah akan menang?


Jumaat,13 JUN 2008(petang di sekolah agama)

Danial,secara tiba-tiba menarik kerusi Mira,Azza dan Ain..Apa lagi??Kami bertiga menjerit "Oiiii....Apa ni???"....Mira pula ada menambah perisa perkataan"Hoi!!!Menyibuklah budak ni!!!Olulululuoolkk(ini bunyi lidah)..Pastu,Hamzah pula tiba-tiba menyerang kami dengan menunjukkan botolnya..Misinya satu...Misinya adalah untuk memercikkan air kepada kami...Mira berkata"Nak percik,perciklah!!!Ingat aku takut sangat ke?"Fuh...Berani juga Mira ya!!!Ya!!Mira ganas!!!Hamzah kata "Ok!!!Aku percik kau sekarang juga ya!!!"...Mira pun apa lagi"Eh!!!!Percik kat tangan aku je...Kat tempat lain jangan!!!"..Kemudian,Hamzah memercik air kepada tapak tangan Mira.Fuhh!!! Best rupanya!!!Kalau kat sesetengah kedai mamak atau kedai makan,ada sejenis air akan memercikkan secara halus kepada kita.Hah!!Macam tulah!!!Ain pula menawarkan diri ingin memercikkan air di tapak tangannya."Bestnya!!!Nak lagi Hamzah!!!Bolehlah!!!"Ain merayu-rayu nak basahkan tapak tangan...Azza pun nak....Hamzah bersuara"Eh!!!Tak boleh!!!Kalau nak,aku percik kat beg atau tudung korang.Nak??"....Kami bertiga diam...Ustazah Asmah pun masuk..Itulah ceritanya....

Fuh!!Panjangkan cerita Mira?Oklah sampai di sini sahaja...Okie dokie...Bye...


Salam Ceria,
NajwaAmira

No comments: